Tanpa sebarang tujuan dan sebab, tiga wanita sakan menari depan halaman masjid ditemani beratus-ratus orang.
Satu majlis tarian muzik dangdut diadakan di hadapan sebuah surau di Limajang, wilayah Jawa Timur baru-baru ini, lapor portal berita Prohaba hari ini.
Ia kemudian tular di media sosial selepas kandungan tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terangcom semalam.
Rakaman video memaparkan beratus-ratus orang berkumpul di halaman sebuah surau dan berjoget sambil diiringi alunan muzik dangdut.
Terdapat tiga wanita yang masing-masing memakai seluar pendek dan skirt mini turut menari mengikut alunan muzik tersebut.
Tiada penduduk tempatan yang memprotes, manakala tujuan majlis itu diadakan juga tidak diketahui. Bagaimanapun, seorang lelaki yang memakai pakaian berseragam tentera Indonesia kelihatan sibuk mengagihkan air mineral kepada orang ramai.