Tanpa segan silu, warga asing selamba beli minyak paket subsidi di pasar raya.
Seorang lelaki telah diberi pujian oleh pengguna media sosial kerana berani menegur seorang pekerja di kaunter pasar raya yang didakwa menjual minyak subsidi kepada warga asing.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @nanmanjoi8715 dan menjadi viral di media sosial sejak malam tadi, beberapa minyak peket terlihat sedang dibungkus di kaunter pembayaran.
Pekerja di kaunter tersebut kelihatan pelik, seolah-olah tidak menyedari larangan menjual minyak subsidi kepada warga asing.
“Minyak ini untuk orang kita je, tak boleh jual minyak ni pada warga asing. Ni semua subsidi kerajaan. Bos awak mana?
“Orang pendatang asing boleh beli ke minyak subsidi ni? Mana boleh jual! Kita tak boleh jual dekat mereka semua barang subsidi,” ujar lelaki itu dalam video tersebut.
Di dalam video tersebut, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut mempersoalkan tindakan pekerja pasar raya tersebut.
Hingga kini, ciapan tersebut telah mendapat lebih 1,000 ulang ciap dan 1,000 tanda suka.
Dalam ruangan komen, banyak yang menggesa pihak berwajib untuk bertindak segera bagi mengatasi insiden jualan minyak subsidi kepada warga asing tanpa kawalan.
“Bagus abang ini ‘sound’ (menegur) dorang. Tapi dorang ni bila kena tegur masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nanti belakang kutuk-kutuk atau simpan stok untuk dorang-dorang je,” kata Faisal Mazlan.
“Sebab ini lah perlunya subsidi bersasar. Orang kita ni ramai yang melenting bila dengar je subsidi bersasar, tapi ramai tak nampak bila buat subsidi pukal macam ni, berapa ramai warga asing yang dapat subsidi ni?” kata Fitri.
“Tak perlu tunggu penguat kuasa jalankan tugas. Masing-masing dari kita mainkan peranan tidak kira sebagai juruwang, pelanggan, atau peniaga kerana subsidi ini hak rakyat Malaysia bersama,” kata Nour.
Tahniah bang.. kerana berani bersuara atas hak kita Warganegara.. pic.twitter.com/eByr15PnPg
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) November 12, 2023