Teman lelaki berputih mata, kekasih jadi mangsa pemuas nafsu 3 pemuda dekat kolam pancing

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun telah dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki pada 6 Jun lalu.

Pada masa kejadian, mangsa bersama teman lelakinya sedang dalam perjalanan ke kawasan pelancongan, Sumber Mata Air Mutiara Probolinggo, Jawa, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Probolinggo, AKP Didik Riyanto, menyatakan bahawa mangsa dan teman lelakinya bertemu dengan tiga pelaku yang kemudian mengugut mereka dengan sebilah sabit.

Teman lelakinya yang ketakutan melarikan diri, meninggalkan mangsa yang kemudian dirogol oleh tiga pelaku yang dikenali sebagai Sahrul Nuril Anwar, 20, Fendi Kurniawan, 20, dan WMM yang baru berusia 14 tahun.

“Orang pertama yang melakukannya ialah Sahrul, kemudian pelaku bawah umur WMM, dan pelaku terakhir ialah Fendi Kurniawan,” kata AKP Didik pada Sabtu.

Teman lelaki berputih mata, kekasih jadi mangsa pemuas nafsu 3 pemuda dekat kolam pancing

Ketiga-tiga suspek kini telah ditahan polis.

Salah seorang suspek, Sahrul, mendakwa dia tidak berniat untuk merogol mangsa. Menurutnya, dia dan dua rakannya pada awalnya hanya berniat untuk pergi memancing di sekitar kawasan pelancongan tersebut.

Namun, niat mereka berubah apabila mereka terserempak dengan mangsa dan teman lelakinya.

“Saya tanya (mangsa dan teman lelaki) apa yang mereka buat di sini. Tapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukan kami,” kata Sahrul.

Sahrul yang marah dengan reaksi teman lelaki mangsa mengeluarkan sabit yang dibawanya. Teman lelaki mangsa kemudian melarikan diri kerana ketakutan, menyebabkan mangsa dirogol oleh Sahrul dan rakan-rakannya.

“Mula-mula saya (merogol mangsa), kemudian rakan saya (pelaku berusia 14 tahun), dan yang terakhir ialah Fendi. Mangsa sempat berlari tetapi terjatuh, menyebabkan kecederaan,” jelas Sahrul.

BACA:
“Awak nak saya laporkan dekat polis?” – Kanak-kanak autism berumur 11 tahun berani mati pandu kereta milik bapa
Pekerja makanan segera tiada ‘common sense’?, pelanggan berbangsa india terkilan dapat burger daging percuma
Setelah sekian lama menyepi, Mondy Tattoo kini berbadan dua, dedah hamil 8 bulan tanpa lelaki