Tercengang bila diajukan soalan, sekumpulan remaja dikecam netizen sebab tak tahu ibu negeri Selangor

Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok yang memaparkan tahap pengetahuan am sekumpulan remaja dalam mengenal pasti ibu negeri Selangor. Klip tersebut telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan rasa terkejut serta kritikan terhadap pengetahuan am para remaja yang terlibat.

Dalam video berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik oleh pencipta kandungan Kuan Yee, beliau mendekati beberapa pengunjung di sebuah pusat membeli-belah dan meminta mereka memilih antara nombor satu hingga tiga.

Bagi mereka yang berjaya memilih nombor yang betul (iaitu nombor 2), Kuan Yee akan bertanya soalan susulan, “Apakah ibu negeri Selangor?”

Tercengang bila diajukan soalan, sekumpulan remaja dikecam netizen sebab tak tahu ibu negeri Selangor

Malangnya, hampir kesemua remaja yang ditemubual menunjukkan reaksi keliru dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Beberapa jawapan yang diberikan termasuk Bangsar, Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur, yang kesemuanya bukan ibu negeri Selangor.

Sebagai peringatan kepada para pembaca, ibu negeri Selangor sebenarnya adalah Shah Alam, yang terkenal dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan Universiti Teknologi MARA.

Walaupun video tersebut telah meraih berjuta-juta tontonan, ia turut mengundang kritikan dari netizen yang terkejut dan kecewa dengan pengetahuan am para remaja yang ditemubual.

Kuan Yee kemudian menjelaskan di ruangan komen bahawa kemungkinan para remaja tersebut terlalu gugup ketika diajukan soalan, sehingga menyebabkan mereka gagal memberikan jawapan yang tepat.

Beliau juga menegaskan bahawa video tersebut dibuat semata-mata untuk hiburan dan meminta netizen agar tidak terlalu keras dalam memberikan komen.

Kisah ini menjadi peringatan kepada kita tentang pentingnya pendidikan dan pengetahuan am, terutama bagi generasi muda. Kita perlu terus berusaha untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan memastikan generasi akan datang lebih bijak dan celik akal.

@kuanyee68

Which Shopping Mall i should go next? πŸ™†πŸ»β€β™€οΈπŸ’° #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #malaysia #viral #viralvideo #viraltiktok

♬ original sound – KuanYee – Kuan Yee
BACA:
β€œTak menang emas pun tak apa, asal menang dekat baju” – MOM akur kesilapan dan tukar rekaan baju kontinjen negara
Video atlet negara buat aksi tak senonoh tanpa seurat benang tular dijual dengan harga RM30
Pakcik umur 54 tahun meninggal dunia atas pentas, tumbang ketika sedang asyik menari dangdut