Tiada sensiviti anjur konsert ketika saudara islam ditindas, ramai terkedu dengar jawapan M. Nasir

Dalam suasana yang membara, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan artis yang menganjurkan konsert ketika rakyat Palestin menghadapi serangan Israel. Bagi netizen, tindakan artis ini seolah-olah menunjukkan ketidakpekaan mereka terhadap situasi semasa.

Namun, Datuk M Nasir memberikan pandangan berbeza dalam temubual dengan Berita Harian. Menurut beliau, artis masih boleh menganjurkan konsert, tetapi hendaklah dilakukan dengan sederhana.

“Konsert masih boleh diadakan kerana orang memerlukan hiburan, tetapi lakukanlah dengan sederhana. Orang masih perlu berhibur. Adakah kita mahu semua orang berkabung di rumah sahaja? Semua orang perlu bekerja, bukan hanya artis. Hiburan mempunyai batasnya dan jangan melampau,” katanya merujuk kepada laporan Berita Harian.

Tiada sensiviti anjur konsert ketika saudara islam ditindas, ramai terkedu dengar jawapan M. Nasir

M Nasir menambah, sebagai penghibur, tugas artis adalah untuk menghiburkan orang ramai. Beliau menyatakan bahawa selain dari memberikan hiburan, mereka juga perlu sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling.

“Konsert masih boleh diadakan kerana orang memerlukan hiburan, tetapi lakukanlah dengan sederhana,” ujarnya.

BACA:
Xiaomi bakal dedah kereta elektrik pertama miliknya, boleh buat sambungan terus dengan telefon pintar
Individu tampil buka mulut isu Ustaz Azhar Idrus kenakan caj sebanyak RM40,000 untuk program agama
MH370 boleh dijumpai semula dalam beberapa hari jika melakukan perkara ini – Pakar