Tiga mayat ditemui dalam bilik rumah kedai di Kuala Lumpur, tangan diikat dan bertindan

Tiga mayat ditemui dalam bilik rumah kedai di Kuala Lumpur, tangan diikat dan bertindan.

Polis menemui tiga mayat lelaki dalam keadaan bertindan dan diikat dalam bilik di sebuah rumai kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir semalam.

Ketiga-tiga mayat tersebut ditemui selepas pihak polis menerima panggilan daripada penduduk di kawasan setempat.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.00 malam berkenaan satu pergaduhan di rumah terbabit.

Oleh itu, sepasukan anggota kereta peronda dikejarkan ke lokasi dan kemudiannya menuju ke rumah yang berada di tingkat dua.

“Dua suspek yang terlibat pergaduhan bagaimanapun telah melarikan diri manakala terdapat sepasang suami isteri warga Sri Lanka yang juga penyewa rumah terbabit.

Polis menemui tiga mayat lelaki dalam keadaan bertindan dan diikat dalam bilik di sebuah rumai kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir semalam.

Polis temui mayat tiga lelaki diikat dan bertindan dalam rumah kedai

“Pemeriksaan lanjut menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka berusia lingkungan 20 hingga 30-an di dalam bilik stor dengan keadaaan bertindan antara satu sama lain di mana salah satu mayat itu tidak berpakaian.”

Ibu bapa kepada salah seorang mangsa telah berjumpa anaknya kali terakhir sehari sebelum mangsa dibunuh
Tambahnya, selain kepala disarungkan dengan plastik, ketiga-ketiga mayat terbabit turut diikat oleh suspek.

Jelas Allaudeen lagi, siasatan awal polis mendapati salah seorang mangsa merupakan anak kepada pasangan suami isteri terbabit.

“Soal siasat awal mendapati pasangan terbabit kali terakhir berjumpa anak mereka sehari sebelumnya dan hanya menyedari tragedi kematian itu selepas kehadiran anggota polis,” ujarnya.

Kini, siasatan sedang giat dijalankan bagi memburu dua lagi suspek warga Sri Lanka yang terlibat serta mengenal pasti motif kejadian.

“Suspek tidak mempunyai talian kekeluargaan dengan suami isteri itu namun mereka telah berkenalan sejak enam bulan lalu dan suspek telah datang ke rumah mereka dari Klang, Selangor untuk tinggal di rumah terbabit selama dua hari,” kata Allaudeen.

Ketua Polis Kuala Lumpur itu menambah lagi, pihak polis percaya bahawa pembunuhan terbabit telah dirancang oleh suspek.

“Polis turut merampas pisau disyaki diguna untuk pembunuhan itu. Ketiga-tiga mayat itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan dan kini direman selama tujuh hari untuk tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

BACA:
Wanita hilang kaki dan tangan, buah pinggang tidak berfungsi gara-gara makan tilapia yang dibeli di pasaraya
“Nafkah aku bagi RM8k sebulan” – suami terkilan isteri curang dengan majikan, siap terlanjur dan bertukar gambar tak senonoh
“Kalau aku tau pengakhiran dia macam ini, takde aku bawa masuk rumah madu aku masa dia melamar untuk suami dia dulu”