Tiktoker kantoi melaram hasil rembat barang orang lain, siap sorok guna emoji takut ‘owner’ perasan.
Di Twitter, viral satu pendedahan mengenai perangai buruk seorang awek cun yang didakwa mencuri pakaian, beg dan jam tangan rakan serumah.
Kalau tengok media sosial awek tu, memang bergaya habis tapi rupa-rupanya kantoi guna barang orang lain tanpa izin.
Difahamkan, rakan serumah mula menyedari barang mereka hilang apabila baju yang dilipat bersepah. Tempat letak baju pun dah bertukar posisi, memang sesuatu la kan?
Lebih menguatkan dakwaan curi tu apabila pakaian rakan serumah dijumpai dalam almari pakaian ‘suspek’.
Lebih menyakitkan hati apabila ‘suspek’ dikatakan mengelak apabila cuba dihubungi. Suspek juga dikatakan beri alasan tak munasabah dan ‘block’ rakan serumah di media sosial.
Pada masa yang sama tidak membalas mesej itu, ‘suspek’ ada memuat naik gambar di status Whatsapp mempamerkan dirinya memakai jam tangan yang dicuri tetapi ditutup dengan emoji sticker.
Selepas perkongsian viral, ‘suspek’ berjanji akan membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi untuk barangan yang hilang.