Tindakan berani mati wanita Malaysia, saman FBI gara-gara ditipu RM10,000 oleh Elon Musk

Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun menjadi mangsa penipuan selepas melabur dalam satu skim pelaburan palsu yang kononnya dikaitkan dengan tokoh terkenal dunia, Elon Musk. Kejadian ini telah mendorongnya untuk mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam dokumen saman tersebut, wanita berkenaan mendakwa telah dihubungi oleh beberapa akaun palsu di Facebook yang menyamar sebagai Elon Musk dan Elon Reeves Musk. Dia kemudian diperkenalkan kepada seorang individu bernama Ivan Pacheco yang mengaku sebagai pengurus pelaburan Elon Musk dan mengajaknya melabur dalam Tesla atau platform pelaburan lain.

Terpedaya dengan janji pulangan yang tinggi, wanita tersebut kemudian melaburkan sejumlah wang ke dalam skim pelaburan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, dia tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan. Malah, dia turut menerima mesej daripada akaun palsu yang menyamar sebagai ibu Elon Musk, Maye Musk, yang menjanjikan hadiah mewah.

Tindakan berani mati wanita Malaysia, saman FBI gara-gara ditipu RM10,000 oleh Elon Musk

Setelah menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan, wanita tersebut mendapatkan bantuan daripada sebuah firma guaman di Hong Kong dan mendapati bahawa akaun-akaun Facebook tersebut dikendalikan oleh penipu dari Myanmar.

Dengan sokongan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), wanita tersebut kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam samannya, dia menamakan FBI, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis, dan Bahagian Anti-Pengubahan Wang Haram sebagai pihak yang disaman.

Melalui saman ini, wanita tersebut berharap untuk mendapatkan keadilan dan meminta FBI menyiasat serta memulangkan wang pelaburannya yang hilang.

BACA:
Wanita dedah ‘darkside’ bekas suami penunggang agama ditahan reman selama 6 hari
Tak perlu peralatan yang spesifik untuk padam kebakaran peringkat awal, hanya perlu bancuhan ‘khas’ cecair pencuci tangan
Jep ‘reply’ komen netizen tentang sindiran yang ditujukan untuk Shuib dan Mamat – “nak borak boleh tapi..”