JebatDerhaka

TMJ berkenan sumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang untuk tahun pertama

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), dengan sukacitanya bersetuju menyumbang sebanyak RM300,000 untuk penyelenggaraan padang kepada setiap pasukan Liga Super dalam tahun pertama.

Walau bagaimanapun, sumbangan ini akan diberikan kepada pasukan yang telah menerima geran sebanyak RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pembinaan padang baru dengan rumput jenis Zeon Zoysia atau bermuda, serta sistem perparitan baharu yang berkualiti di stadium yang telah dipilih.

Rentastic Register Page

Pemberian geran daripada Kementerian ini adalah hasil daripada perbincangan antara TMJ dan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada tahun lalu.

“Saya telah menegaskan mengenai kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan mematuhi piawaian antarabangsa,” kata TMJ.

Projek penukaran rumput ini wajib diselesaikan menjelang bulan April 2024 sebelum perlawanan musim baharu Liga Malaysia dimulakan.

Sebelum ini, beberapa negeri menghadapi kesulitan untuk melaksanakan projek penanaman rumput ini kerana bimbang tentang kos penyelenggaraan yang tinggi yang perlu ditanggung setiap bulan.

Hannah Yeoh sebelum ini menyatakan bahawa hanya negeri Sarawak yang telah memberikan persetujuan untuk menanam rumput tersebut di stadium mereka.

Stadium yang dipilih oleh kerajaan negeri sendiri mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Malaysia Football League (MFL).

Penukaran kepada rumput Zeon Zoysia ini berdasarkan kepada amalan terbaik negara-negara di Asia Tenggara, seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia yang telah menggunakan rumput Zeon Zoysia dengan berjaya.

Rumput Zeon Zoysia dipilih kerana ia merupakan jenis rumput berkualiti tinggi dan tahan lasak, yang dianjurkan oleh KBS untuk ditanam di padang bola sepak stadium di seluruh negeri.

BACA:
‘Menjadi manusia yang pertama’, budak 13 tahun ambil masa 38 minit untuk habiskan game Tetris
Kedai makan ‘tiada pekerja’, pemilik letak notis dan harga untuk pelanggan bungkus dan bayar sendiri
Sentiasa segak dalam apa jua istiadat, 7 nama alat kebesaran diraja ini selalu dipakai dan digunakan YDPA