JebatDerhaka

“Tolong jangan tekan link dalam artikel tu sebab..” – Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, telah memberi amaran kepada orang ramai dan pengikutnya agar lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan pautan (link) yang sedang disebarkan di media sosial.

Melalui hantaran di Instagramnya, Neelofa menyatakan bahawa artikel palsu mendakwa dia disaman oleh Bank Malaysia kerana membuat kenyataan tidak sepatutnya dalam program TV.

“Tolong kalau ada sesiapa yang baca (berita) ini kononnya berita dari The Star, ini semuanya adalah scam dan tolong jangan tekan link dalam artikel itu.

"Tolong jangan tekan link dalam artikel tu sebab.." - Neelofa

Sudahlah, interview itu totally diaorg buat naratif sendiri. Dia nak cuba tipu orang Malaysia mungkin… dengan interview yang sangat fake.

Dan link itu adalah link scam untuk curi duit orang. Jangan terpedaya dengan content artikel ini yang semuanya palsu. Ramai orang dah terpedaya dengan scammer ini, hati-hati.

Ini adalah salah satu cara scammer nak cari jalan untuk meyakinkan orang di luar sana yang kononnya saya buat duit melalui link ini.”

Mengenai kes ini, Neelofa menyatakan bahawa ini merupakan salah satu usaha scammer untuk memperdaya orang dengan menggunakan namanya dan membuat kenyataan palsu.

Dalam ruangan komen, terdapat netizen yang mengakui pernah membaca artikel palsu tersebut dan meragukan kesahihannya.

“Dah baca semua dan saya rasa macam… ‘Neelofa cakap macam ni?’ Taklah? Terus rasa scam at all level.”

Sebelum ini, Neelofa menyatakan hasratnya untuk menamatkan ‘perang dingin’ yang terjadi antara dirinya dan Fazura.

“Tolong jangan tekan link dalam artikel tu sebab..” – Neelofa
BACA:
Paling mudah! Guna 5 bahan ini untuk hilangkan bau hapak dalam peti sejuk
Berderau jantung isteri jumpa kondom dalam poket seluar, kantoi segalanya lepas masuk kereta
Ini sebab utama kenapa bas sekolah warna kuning keorenan, bukan sekadar pilihan semata-mata