“Untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar ketika bermusafir, elak pasang ayat ruqyah dalam kereta” – Ustaz Muhaizad

“Untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar ketika bermusafir, elak pasang ayat ruqyah dalam kereta” – Ustaz Muhaizad.

Orang ramai disarankan supaya tidak memasang ayat-ayat ruqyah ketika berada di dalam kenderaan bagi mengelakkan gangguan jin dan syaitan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Mohamed, menerusi satu sesi ceramahnya di YouTube, berkata, ia cukup sekadar membaca doa naik kenderaan, selain ayat Kursi.

“Kalau nak minta perjalanan kita selamat dengan Tuhan, baca doa naik kenderaan, kedua baca ayat Kursi wakaf sembilan untuk minta musafir kita selamat.

“Jangan bacalah ayat-ayat Manzil dalam kereta atau ayat-ayat ruqyah kerana mengganggu sebab jalan kita lalu ke rumah ni, kita lalu ‘rumah dan kawasan orang’.

“Kita ada rumah, ‘benda’ tu pun ada rumah juga. Kita lalu rumah ‘dia’ kita pasang ayat al-Quran, terganggu dia,” jelasnya.

"Untuk perjalanan yang lebih selamat  dan lancar ketika bermusafir, elak pasang ayat ruqyah dalam kereta" - Ustaz Muhaizad

Beliau mengulas perkara tersebut berikutan ada yang hadirin yang bertanya, apakah terdapat amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada ‘benda’ menumpang pada kenderaan.

Menurutnya lagi, ia juga merupakan adab yang perlu diberi perhatian berikutan bumi turut didiami oleh makhluk halus bernama jin dan syaitan.

“Sebab tu tak digalakkan baca ayat-ayat Manzil, perubatan dalam kereta, takut ‘dia’ ganggu. ‘Dia’ ganggulah, dah ganggu kawasan ‘dia’.

“Jangan ganggu, biar beradab. Kita ni menumpang di bumi tuhan, bukan kita sorang duduk atas dunia.

“Nak jadi khalifah tuhan gi buat kurang ajar lagu tu, marah la ‘orang’ tu. Hidup biar beradab,” tegasnya.

BACA:
Berang barang yang dibeli dengan harga RM5000 tak nampak baru, keluarga nekad ‘serang’ premis perabot dan maki pekerja
Iklan tulisan tangan asal untuk Apple-1 Computer yang ditulis oleh Steve Jobs dijual pada harga RM817,000
Berang bayi jiran kerap menangis dan buat bising, pelajar PHD kimia nekad masukkan cecair beracun dalam rumah