JebatDerhaka

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM” – Dr Asyraf Wajdi

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM” – Dr Asyraf Wajdi.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah satu sekolah asrama penuh terkemuka di Malaysia yang memberi keutamaan kepada golongan B40 sebagai pelajarnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, telah mengingatkan ibu bapa agar tidak menipu pendapatan untuk memasukkan anak-anak mereka dalam kategori B40 dengan tujuan agar diterima di MRSM. Beliau menyatakan bahawa tindakan sedemikian memberi kesan kepada pelajar miskin lain kerana hak-hak mereka akan terambil.

“Janganlah menipu pendapatan hanya untuk mengategorikan diri sebagai B40 agar anak diterima di MRSM. Kasihan kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tanpa keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” tegur beliau di platform Facebook.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM” - Dr Asyraf Wajdi

Beliau menekankan bahawa sejak penubuhan MRSM, tidak pernah ada dasar yang menyatakan hanya pelajar miskin sahaja yang berhak memasuki MRSM. Walaubagaimanapun, keutamaan tetap diberikan kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Dasar MARA menetapkan bahawa 60 peratus kuota pelajar MRSM adalah daripada golongan B40, manakala selebihnya terdiri daripada mereka yang layak, iaitu yang lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), dari golongan M40 dan T20.

BACA:
“Saya macam kena santau, 7 tahun saya bersama walaupun dah tawar hati, semua kantoi lepas saya minum dengan kawan dia”
Geliganya orang-orang Palestin, para isteri mengandung dan melahirkan anak walaupun bapanya berada ditahanan
Penyanyi Ezlynn dedah rahsia yang unik tentang arwah Datuk M Daud Kilau, kalau masuk studio..