Ustazah kongsi doa kuatkan alat kelamin lelaki dalam majlis khas untuk wanita

Sejak semalam (17 Januari), satu video telah menjadi viral di media sosial yang menunjukkan seorang ustazah berkongsi doa untuk menguatkan alat kelamin lelaki di hadapan para wanita dalam majlis yang dianjurkan oleh pelakon dan usahawan, Neelofa.

Majlis tersebut difahamkan diadakan khusus untuk wanita, bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan wanita dan membantu golongan wanita dalam meningkatkan pendapatan mereka.

Ustazah yang diketahui sebagai Ustazah Norhafizah Musa berkongsi dua doa kepada para hadirin wanita agar alat kelamin suami mereka menjadi kuat dan tahan lama, yang dipercayai dapat membawa kebahagiaan dalam rumahtangga.

Ustazah kongsi doa kuatkan alat kelamin lelaki dalam majlis khas untuk wanita

Ustazah Norhafizah menyatakan bahawa doa tersebut diberikan kepada para tetamu wanita untuk direkodkan dan diajar kepada suami masing-masing kelak.

Berikut adalah dua doa yang diajarkan oleh Ustazah Norhafizah:

اللَّهُمَّ قَوِّ لِي ذَكَرِي ، فَإِنَّ فِيهِ صَلاحًا لأَهْلِي
“Ya Allah, kuatkan zakarku kerana sesungguhnya hal itu memberikan manfaat atau kebaikan buat isteriku.”

اَللَّهُمَّ قَوِّ ذَكَرِي فَإِنَّهُ مَنْفَعَةٌ لِأَهْلِي
“Ya Allah, kuatkan zakarku kerana sesungguhnya hal itu bermanfaat buat isteriku.”

Difahamkan, doa ini diambil daripada kitab Raudhatu al Muhibbin, karya Ibnu Qayyim al Jauziah.

Ustazah Norhafizah menjelaskan bahawa kedua-dua doa ini dibaca untuk mendapatkan kebaikan buat keluarga, keturunan, dan kebahagian isteri.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial, dengan beberapa pihak mempersoalkan tindakan Ustazah Norhafizah berkongsi doa di hadapan ramai wanita. Walaupun ada yang mengutuk tindakan ini, terdapat juga netizen yang menyokong dan menganggap tindakan Ustazah Norhafizah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Video ini dikongsi melalui akaun TikTok @ajipmrby di platform X.

BACA:
Heboh suatu ketika dahulu, Tun Mahathir pernah guna kuasa ‘mempercepatkan’ masa setengah jam
Sebab dan kenapa toyol tak curi duit di mesin ATM, hanya ambil barang yang berada di rumah orang
“Suami saya tersangat alim, luluh hati hati saya lepas jumpa sesuatu yang pelik dalam almari”