Veteran tentera alami kegagalan organ penting jadi orang kedua yang selamat terima jantung babi

Veteran tentera alami kegagalan organ penting jadi orang kedua yang selamat terima jantung babi.

Sekumpulan pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan prosedur kedua di dunia bagi pemindahan jantung babi ke dalam badan pesakit untuk menyelamatkan nyawanya, lapor laman berita Wion News semalam.

Selepas dua hari, pesakit lelaki bernama Lawrence Faucette itu dilaporkan sudah boleh duduk dan bergurau, demikian menurut beberapa doktor dari Universiti Perubatan Maryland.

Veteran Tentera Laut AS berusia 58 tahun itu mengalami kegagalan jantung, namun dia tidak layak menjalani prosedur pemindahan jantung secara biasa kerana mempunyai masalah kesihatan lain.

“Tiada siapa tahu nasib saya dari saat ini. Sekurang-kurangnya saya mempunyai harapan dan peluang,” kata Faucette.

Walaupun keadaan Faucette dijangka kekal kritikal dalam beberapa minggu akan datang, doktor yang merawatnya teruja dengan tindak balas awal badan lelaki tersebut terhadap organ babi.

Veteran tentera alami kegagalan organ penting jadi orang kedua yang selamat terima jantung babi

Selepas pembedahan selesai Rabu lalu, jantung baharu Faucette dilaporkan berfungsi dengan baik setakat Jumaat lalu tanpa sebarang peranti sokongan.

Pada tahun lepas, pasukan perubatan yang sama telah melakukan pemindahan pertama jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada seorang pesakit.

BACA:
Peniaga tepi jalan buat perangai jijik, ludah dalam makan untuk larikan jualan, siap tengok kiri kanan sebelum buat
Pasangan China terkejut masa bulan madu di Sabah, jumpa kamera ‘skodeng’ dalam soket elektrik dekat hotel
Tak sangka! Rupanya 5 benda yang ada di bumi sebenarnya berasal dari syurga, salah satu ingat tumbuh dalam hutan