Wajah berubah jadi muka nenek tua, Luna Maya terkena gangguan di lokasi pergambaran.
Pelakon Indonesia, Luna Maya, berkongsi pengalaman menyeramkan apabila menghadapi gangguan mistik semasa penggambaran filem terbarunya bertajuk ‘Panggonan Wingit’.
Menurut laporan Kapan Lagi, Luna mula menyedari kejadian ini melalui seorang pemerhati aktiviti paranormal yang ditugaskan untuk memantau set penggambaran dan mendeteksi sebarang peristiwa aneh.
Walaupun tidak terlalu yakin dengan perkara-perkara mistik, Luna menyatakan bahawa dia sendiri dapat melihat perubahan pada wajahnya selepas kejadian itu.
“Yanto memberitahu bahawa ada entiti yang mendekati dan cuba masuk ke dalam badan saya. Pada masa itu, kami sedang merakamkan babak terakhir sekitar pukul 3 pagi.
“Saya mengambil gambar di depan gua peninggalan zaman Jepun. Ketika berehat, saya melihat wajah saya dalam gambar yang diambil, dan ia kelihatan berbeza. Wajah saya seolah-olah menjadi seorang nenek tua,” katanya.
Filem ini difahamkan diambil gambar di kawasan peninggalan zaman penjajahan Jepun di Bandung, Indonesia.
Luna menambah, walaupun dia telah banyak berlakon dalam filem seram, ini merupakan pengalaman seram pertama yang dialaminya.
“Ini merupakan pengalaman seram pertama buat saya. Akhirnya, saya dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman ini,” ujar Luna.