Wanita alami kecederaan di belakang badan, ditikam lelaki tak dikenali ketika berada di dobi layan diri

Wanita alami kecederaan di belakang badan, ditikam lelaki tak dikenali ketika berada di dobi layan diri.

Malang tidak berbau… Seorang wanita mengalami kecederaan selepas ditikam senjata tajam yang dipercayai gunting oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu semalam.


Memetik laporan Kosmo! Online, dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun cedera pada bahagian belakang badan dan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan serangan bermotifkan samun.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian mangsa berada di dalam dobi layan diri sebelum suspek tiba-tiba meluru masuk dan menyerangnya.
“Wanita berkenaan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan,” katanya.

Wanita alami kecederaan di belakang badan, ditikam lelaki tak dikenali ketika berada di dobi layan diri


Terdahulu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan serangan itu tular di media sosial dan berdasarkan klip video tersebut, suspek bertindak menikam belakang wanita itu lalu menyepak kepala mangsa sebelum bergegas melarikan diri.


Wan Mohd. Zaki berkata, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta sama.

Selain itu, seorang wanita yang mendakwa mangsa sebagai kakak iparnya turut berkongsi berita tersebut di platform X

.


Menurut wanita berkenaan, luka pada badan kakak iparnya iparnya tidak dalam tetapi mangsa mengalami trauma.


“Allahuakhbar.. kakak ipar saya kena rompak, kena tikam dalam kedai dobi. Doakan kakak ipar saya. Peringatan untuk para wanita, termasuk diri saya sendiri yang selalu pergi mana-mana sorang, please please bawa kawan teman dan extra careful. Ramai orang gila dalam dunia ni rupanya.

“Still kat hospital ni. Alhamdulilah luka kena tikam tak dalam tapi kakak ipar memang dalam trauma dah ni,” katanya.

BACA:
Warga emas sanggup tidur di koridor beralaskan kadbod, rumah dipenuhi barang-barang yang terbuang
Lelaki mengamuk panjat bumbung dan rosakkan rumah jiran gara-gara putus cinta
Pekerja terperangkap dalam lif pejabat dipotong gaji, siap ugut tentang penilaian prestasi kerja oleh majikan