Wanita berhampas pulas kumpul duit tebus emas miliknya, kena ‘scam’ lepas bantu bayar hutang kawan

Wanita berhampas pulas kumpul duit tebus emas miliknya, kena ‘scam’ lepas bantu bayar hutang kawan.

Di TikTok, seorang wanita tak dapat menahan sebak apabila niat baiknya untuk membantu rakan dalam kesusahan berakhir dengan kekecewaan.

Menerusi video itu, dia dilihat menangis menceritakan sanggup menggadai gelang emas kepunyaannya untuk mendapatkan wang tunai.

Namun, dia dikhianati rakan apabila terpaksa menebus semula gelang emas itu sendiri termasuklah membayar faedah selama enam bulan.

Wanita berhampas pulas kumpul duit tebus emas miliknya, kena 'scam' lepas bantu bayar hutang kawan

9 bulan aku gadaikan gelang aku ni semata-mata nak tolong kawan aku. Aku kena tebus balik sendiri. Salah aku ke nak tolong kawan? RM9,000 lebih aku kena bayar, ini tak termasuk RM500 faedah enam bulan pertama.

Katanya, dia mengumpul duit selama 9 bulan untuk mendapatkan gelang emas itu kembali. Dia turut mempersoalkan adakah niat ikhlasnya membantu rakan adalah satu tindakan yang bodoh.

Wanita ini bagaimanapun menjadikan ia sebagai pengajaran di penghujung 2023. Dia berharap tahun 2024 yang akan datang adalah lebih baik.

@aizaroslan

Pengajaran di penghujung 2023 semoga 2024 aku akan lebih baik. Semoga kesemua kita murah rezeki. Utk byr hutang. Utk kehidupan lebih baik. Yg berhutang, betulkan niat dlm membayar hutang bg kelancaran rezeki.. #lumrahkehidupan #hutang #gadai

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari
BACA:
Kisah disebalik penggalian lubang terdalam di dunia, ambil masa 24 tahun untuk sampai ke dasar
“Manja yang tersalah tumpah” – Ibu murid kantoi jalin hubungan dengan guru, siap minta cerai sebab ingin bersama kekasih
Netizen puji Azhar Sulaiman jaga anak, tidak pernah menyundal walaupun terpalit kontroversi berpakaian seksi