Demi membalas dendam terhadap bekas teman lelaki dan adiknya, seorang wanita sanggup melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas.
Apa yang lebih mengejutkan, dia menjalankan aktiviti tersebut seorang diri dan dalam tempoh satu minit sahaja.
Menurut pihak berkuasa di Sadao, Thailand, suspek berusia 20 tahun itu berjaya melarikan emas bernilai lebih 800,000 baht (RM107,409) dari Kedai Emas Lotus di Sadao, wilayah Songkhla pada pukul 5:30 petang, Khamis.
“Menerusi rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kedai itu, wanita terbabit melakukan jenayah seorang diri sambil mengacukan pisau terhadap pekerja, sebelum melarikan diri menaiki motosikal dron Honda GPX.
Barang kemas boleh dijual bagi mendapatkan tunai.
“Selepas pemeriksaan di tempat kejadian, didapati lapan rantai rantai emas, masing-masing seberat 3 baht, dengan jumlah emas 24 baht telah dicuri.
“Rompakan berlaku dengan pantas, mengambil masa kurang daripada satu minit dan pelaku dilihat memakai topeng untuk menutup mukanya,” ujarnya.
Polis kemudian mengikuti laluan suspek dan menemui sebuah motosikal yang ditinggalkan kira-kira dua kilometer dari premis berkenaan.
Suspek bagaimanapun dipercayai menaiki e-hailing selepas meninggalkan motosikalnya.
Bagaimanapun, suspek ditahan pada pukul 12:30 pagi, Jumaat di sebuah rumah agam di Hat Yai.
Turut dirampas kesemua lapan utas rantai emas yang diteletakkan di bawah bantal bersama pisau yang digunakannya dalam rompakan tersebut.
“Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan jenayah kerana memerlukan wang untuk membeli pistol bagi membalas dendam terhadap bekas kekasih dan adiknya yang telah menipunya sebanyak 700,000 baht (RM93,942),” tambahnya.