Wanita dedah ‘darkside’ bekas suami penunggang agama ditahan reman selama 6 hari

Kisah dua wanita yang pernah berkongsi pengalaman pahit didera oleh bekas suami mereka menjadi semakin rumit. Salah seorang daripada mereka kini ditahan reman selama enam hari kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di kediaman bekas suaminya dan bekas madunya.

Insiden ini bermula apabila bekas madunya membuat laporan polis setelah mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri. Beberapa barangan berharga dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku pada 22 Julai lalu sekitar jam 11:30 malam.

Lebih mengejutkan, siasatan polis mendapati bekas isteri pertama telah memasuki rumah tersebut dan mengambil beberapa barang. Bukti yang ditemui di tempat kejadian termasuk sebuah beg plastik berisi ubat-ubatan yang bertuliskan nama bekas isteri pertama itu.

Wanita dedah 'darkside' bekas suami penunggang agama ditahan reman selama 6 hari

Suspek mengaku bahawa dia telah memasuki rumah tersebut semasa tiada penghuni.

Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dan suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

BACA:
Fakta yang ramai tak tahu, kos hukuman gantung sampai mati sebenarnya boleh cecah ribuan ringgit
Pelakon tumbuk teman wanita dalam kereta, mata dan badan jadi sasaran
Cinta pandang pertama, gadis muda pilih warga emas beza umur 57 tahun sebagai teman hidup