Wanita dedah tips jadi cantik, kena makan merpati goreng dengan nasi masa hari hujan

Wanita dedah tips jadi cantik, kena makan merpati goreng dengan nasi masa hari hujan.

Setiap wanita kebanyakkannya pasti mendambakan memiliki kecantikan kulit yang semulajadi dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecantikan mereka agar lebih berkeyakinan.

Ada yang juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit dan buat apa-apa sahaja bagi memastikan diri mereka kekal cantik dan bergaya.

Tips nak cantik, makanlah burung merpati


Terbaharu, tular sebuah ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna platform X dikenali Dee Lana yang ‘berseloroh’ mengenai tips kecantikannya sehingga menjadi bualan ramai warganet.

Mana tidaknya, wanita itu menyatakan antara salah satu tips untuk menjadi cantik adalah dengan memakan burung merpati yang dimasak goreng kunyit selain menggambarkan betapa nikmatnya jika juadah tersebut dihidangkan ketika cuaca sejuk (hujan).

Wanita dedah tips jadi cantik, kena makan merpati goreng dengan nasi masa hari hujan

Tak elok makan burung merpati


Bagaimanapun, hantaran itu menerima banyak respon negatif di mana mereka berpendapatan haiwan tersebut tidak sesuai untuk dimakan kerana ia diumpamakan seperti seekor tikus bersayap.

Tak salah pun makan burung merpati peliharaan ayah


Wanita berkenaan tampil menjelaskan burung tersebut bukanlah sejenis haiwan liar yang mereka sangkakan kerana ia adalah peliharaan bapanya.

Malah, ia juga menjadi santapan buat mereka seisi keluarga sejak dari kecil lagi.

Pelihara dari telur menetas lagi


Malah, burung tersebut dipelihara sejak ia menetas dari telur lagi dan dirinya pasti geli jika memakan burung merpati dari sebarangan tempat.

Caption tu saja …


Dalam pada itu, wanita terbabit menjelaskan kapsyen yang ditulis itu hanyalah sekadar seloroh sahaja dan tidak perlu diambil serius.

BACA:
Kawasan kedai jadi panik, kereta tiba-tiba berundur dengan laju rempuh budak dan kedai jual makanan kucing
Cikgu wanita komplot dengan seorang lelaki, sanggup kurung dan biarkan anak murid dirogol
“Masa bapa aku sihat, kahwin abang aku semua dia tanggung, tapi bila dia dah pencen ni, ini balasan yang mereka bagi”