Wanita hampir histeria lepas beli salad salmon, terkejut jumpa salamander dalam asingan sos

Wanita hampir histeria lepas beli salad salmon, terkejut jumpa salamander dalam asingan sos.

Seorang wanita nyaris diserang histeria selepas menemui seekor reptilia berkaki empat dalam hidangan salad ikan salmon yang dipesannya di sebuah restoran.

Thaiger melaporkan, wanita itu membeli salad salmon dihidangkan bersama sos ikan yang ditapai secara berasingan.

Selepas menuang sos, dia menemui seekor haiwan dan menyangka ia ikan yang ditapai. Bagaimanapun, sangkaannya meleset kerana haiwan itu memiliki empat kaki.

“Ini kisah benar, orang tidak akan meletakkan salamander dengan sengaja ke dalam salad ikan salmon.

“Pada awalnya saya menyangka ia ikan yang ditapai, tetapi selepas melihatnya, ia mempunyai empat kaki,” kata wanita itu.

Wanita hampir histeria lepas beli salad salmon, terkejut jumpa salamander dalam asingan sos

Wanita itu kemudian melaporkannya kepada pihak restoran dan wangnya dikembalikan.

“Ia sangat menghantui. Saya tidak marah tetapi terkejut. Saya beritahu pihak restoran supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Ia membuatkan bulu roma saya meremang,” tambahnya.

BACA:
Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R
Bruno Mars terbang keluar meninggalkan Israel, sambung buat konsert dekat negara lain
Aiskrim paling mahal di dunia, berharga RM31,729 dan tidak memiliki tarikh luput