Wanita ini guna keedah unik untuk mempromosikan barangan, perlukan 3 saat untuk raih RM65 juta

Wanita ini guna keedah unik untuk mempromosikan barangan, perlukan 3 saat untuk raih RM65 juta.

Seorang peniaga dalam talian di China telah menarik perhatian netizen dengan kaedah uniknya dalam mempromosikan produk secara dalam talian dalam masa hanya tiga saat tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Zheng Xiangxiang menggunakan platform Douyin untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan kaedah yang luar biasa. Dengan taktik yang unik ini, wanita tersebut berjaya menjana jualan sebanyak 100 juta yuan (RM64.7 juta) dalam hanya tujuh hari.

Wanita ini guna keedah unik untuk mempromosikan barangan, perlukan 3 saat untuk raih RM65 juta

Taktik pemasaran Xiangxiang adalah sangat mudah, di mana pembantunya menghulurkan kotak yang mengandungi produk kepadanya. Wanita tersebut kemudian menerima kotak itu, membukanya, dan menyebut harga produk yang ditunjukkan sebelum menyimpan kembali dan menolak kotak tersebut. Semua pergerakan ini berlaku dalam masa tiga saat.

Menurut portal berita 8Days, walaupun kotak-kotak yang digunakan menyerupai kotak jenama mewah, produk yang dijual sebenarnya berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47).

@wojiaoken New way to sell products… Show say price throw repeat! #wojiaoken ♬ original sound – 我叫KEN

BACA:

Lelaki menyamar jadi patung sebelum pecah masuk curi barang kemas dan tukar baju dalam kedai yang berlainan
Pemandu ambulans buat perangai, selamba berhenti beli pisang goreng semasa hantar pesakit ke hospital
Sering kali kita dapat melihat gambar pelaku maksiat dalam media sosial, boleh ke kita sebarkan? Ini jawapan Mufti Pulau Pinang