Wanita jumpa hantu ketika menggunakan aplikasi Google Maps, wajah kabur menghadap dinding batu

Seorang peminat paranormal di New Hampshire telah menemui apa yang diyakininya sebagai hantu semasa menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps di Tanah Perkuburan Gilson, di bandar Nashua, lapor akhbar New York Post semalam.

“Dengan rasa yakin, saya mungkin baru saja menemui hantu pertama saya dalam Google Maps,” kata Amy Pendleton dalam klip video di TikTok yang telah menjadi viral.

Semasa peristiwa itu, Pendleton mengajak penontonnya untuk menjelajahi Google Maps di Tanah Perkuburan Gilson. Wanita itu kemudian menggunakan paparan panorama 360 darjah di kawasan tersebut dan berjaya mengesan wajah kabur seolah-olah melihat dari sebalik dinding batu.

Wanita jumpa hantu ketika menggunakan aplikasi Google Maps, wajah kabur menghadap dinding batu

Apabila difokuskan dari jarak dekat, wajah tersebut kelihatan seperti kepala dan tubuh lelaki pertengahan umur yang memandang ke arah penonton.

Seorang netizen kemudian memberikan ulasan pada gambar tersebut dengan menulis: “Itulah yang mereka panggil penjaga kubur.”

@amypendletown #ghostsongoogle #gilsonroadcementery #ghostoncamera #googlemapsfun @slappedhamofficial @NukesTop5Official @Google ♬ original sound – Amy Pendleton
BACA:
“Isteri aku cukup lemah lembut, pandai masak dan sebagainya, tak sangka apa yang aku tahu lepas dia hamil 2 bulan”
Ketinggian bah paras leher, wanita kental dan tetap tenang hadapi dugaan walaupun rumah dan harta benda rosak
“Pandai bagi telefon pandailah jaga” – Guru luah rasa kecewa kes kelucahan semakin parah dikalangan murid sekolah rendah