Wanita kecewa pihak hospital sambil lewa, lambat bertindak atas kes kecemasan sampai anak kena sawan

Wanita kecewa pihak hospital sambil lewa, lambat bertindak atas kes kecemasan sampai anak kena sawan.

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan layanan sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang kerana lambat bertindak ke atas kes kecemasan anaknya.

Berkongsi kisah tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul Izzah mendakwa, anaknya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, dia ke hospital berkenaan kerana anaknya sawan dan dia terpaksa menunggu dari pukul 11.30 pagi sehingga pukul 3.30 petang untuk mendapatkan rawatan.

“Anak saya kena sawan pagi tadi dan ‘refer’ ke hospital pukul 11.30 pagi. Lepas tu terus masuk ke bahagian kecemasan zon kuning.

“Sampai jam 3.30 petang baru ada doktor datang tanya itu ini dan ambil darah. Itu pun sebab saya bising kuat-kuat dengan pesakit sebelah.

Wanita kecewa pihak hospital sambil lewa, lambat bertindak atas kes kecemasan sampai anak kena sawan

“Sebelum tu tak ada siapa pun datang. cuma ada sorang staf (jururawat) je datang ambil tekanan darah masa mula-mula sampai,” kongsinya di media sosial.

Tambah Nurul Izzah, dia paham situasi di unit kecemasan yang terlalu sibuk, tetapi untuk pemeriksaan awal mengapa kena tunggu sehingga empat jam.

“Yang paling saya kecewa pukul 4 petang anak saya kena sawan lagi sekali, lepas tu baru la jururawat pasang oksigen dan masukkan air ‘drip’.

“Saya tanya buat ni sebab dah dapat keputusan darah ke? Mereka kata keputusan tak keluar lagi. Allah lagilah luluh hati seorang ibu.

“Maksudnya lepas anak saya kena sawan kali kedua baru mereka (kakitangan) perasan ada baby (bayi) yang kena sawan,” luahnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen berkongsi kisah sama semasa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

BACA:
Peniaga wanita buat ritual aneh, selamba calit makanan yang dijual dekat alat sulit berkali-kali
Anak sakit gigi lepas dilempang guru, terpaksa dirawat pakar psikiatri akibat trauma dan takut dengan benda yang berlaku
Kerana percaya dan terlampau inginkan zuriat, wanita hamil 7 bulan selepas diperkosa ‘bomoh’ sebanyak 20 kali