JebatDerhaka

Wanita kemalangan motosikal terkilan ditinggal kekasih, nampak tunang ‘up’ video dengan perempuan lain dekat Tiktok

Wanita kemalangan motosikal terkilan ditinggal kekasih, nampak tunang ‘up’ video dengan perempuan lain dekat Tiktok.

Menurut ibu tunggal dikenali sebagai Efa, 30, lelaki itu gagal dihubungi sejak kemalangan itu.

“Sebenarnya saya kemalangan tu, dalam masa yang sama, bekas tunang saya tinggal saya sebab kes saya macam ni. Saya patah kaki, pinggul, pendarahan dalam kepala dan kecederaan perut.

“Saya kemalangan masa nak pergi kerja pukul 5.30 pagi. Saya naik motor, kemudiannya terbabas di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Sebulan juga saya dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya.

“Masih belum sihat sepenuhnya, sekarang terbaring lagi tapi dah balik ke rumah. Dalam saya macam ni, orang yang penting boleh hilang. Allah saja yang tahu,” ceritanya kepada mStar.

Lebih menyedihkan, Effa mendakwa lelaki itu turut memuat naik video TikTok bersama wanita lain ketika dia masih bertarung dengan kesakitan, sedangkan mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Oktober depan.

Wanita kemalangan motosikal terkilan ditinggal kekasih, nampak tunang 'up' video dengan perempuan lain dekat Tiktok

Tambah Effa, dia juga mengalami kerugian dari segi wang ringgit memandangkan sebahagian persiapan menjelang hari bahagia mereka telah dilaksanakan.

“Yang lagi sakit, dia dah up video TikTok, dengan bangganya girlfriend baru dia. Padahal kami dah rancang nak nikah bulan Oktober. Saya call langsung tak angkat. Dia dah block saya sejak awal Ogos.

“Saya tiada apa-apa nak pesan kepadanya. Cuma saya tahu apa yang dia buat. Allah ada. Sumpah down. Nangis bila ingat, sampai sekarang saya tak lalu makan.

“Persiapan kahwin dah separuh, majlis saya jemput dalam 500 saja. Nasib la tak banyak. Saya dah kemalangan, mesti la nak orang yang kita sayang tu bagi semangat. Tapi dia terus hilang. Nasib ada keluarga untuk saya terus kuat. Allah saja tahu saya nangis setiap malam,” luahnya lagi.

Video memaparkan Effa yang mengalami kecederaan pada bahagian wajahnya turut menerima lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan kesembuhan Effa dan pada masa yang sama meminta dia terus bersabar dengan ujian yang menimpa.

BACA:
India bakal mencipta sejarah dan mendahului kuasa-kuasa besar, rancang untuk ā€˜melawat’ matahari
Penyelidik dedah penyedut air kertas lebih bahaya dan banyak toksik berbanding plastik, minta orang ramai lebih berwaspada
ā€œNampak baik rupanya ada sebabā€ – Anak angkat yang ditatang wanita mandul makan tuan, kantoi ā€˜buat projek’ dengan suami