Wanita kongsi kisah seram di hospital, nampak sepasang kaki pucat dibalik tirai.
Seorang wanita di Indonesia mempunyai pengalaman seram ketika berada di sebuah hospital apabila dia melihat sepasang kaki pucat berdiri di sebalik tirai katil yang tertutup, seperti yang dilaporkan oleh program berita Liputan 6 semalam.
Berdasarkan video yang viral di platform TikTok, wanita tersebut menceritakan bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan. Dalam rakaman tersebut, sepasang kaki kelihatan berdiri tanpa bergerak di sebalik tirai katil pesakit, berdekatan dengan katil wanita tersebut.
Lokasi sebenar kejadian dan butiran lanjut mengenai keadaan wanita tersebut selepas dia menyaksikan situasi itu tidak dijelaskan. Video tersebut telah menarik perhatian pengguna media sosial.
“Bagaimana jika ‘dia’ tiba-tiba membuka tirai? Kalau saya, pasti gila,” kata seorang pengguna.
“Kakinya tidak kelihatan seperti kaki manusia,” komen seorang netizen.
@nursebono #stitch dengan @Maharani cerita horor PkL #fyp #fypシ #perawat #perawatindonesia ♬ suara asli – nurse.bono