Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R

Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R.

Sedang korang dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, pasti korang memerlukan rehat sekejap seperti makan, tidur sebentar atau menunaikan solat. Perkara ni korang boleh je buat di masjid atau tempat perhentian seperti R&R.

Tapi, benda yang paling takut ialah bila korang seorang diri dekat tempat macam tu pada waktu malam. Ada je benda mistik nak jadi macam yang dikongsikan sorang wanita ni di laman X, ketika dia solat di sebuah surau R&R.

Menurut wanita tersebut, kejadian tu berlaku pada jam 11 malam di mana ketika itu dia nampak seorang makcik yang baru je selesai solat. Tanpa berlengah lagi, dia terus ambil wuduk namun perasaan seram sejuk pula yang datang.

“Saya pun buat macam biasa, letak barang dan pergi ambil wuduk. Makcik tadi dah keluar, jadi tinggal saya seorang dalam surau tu. Rasa ngeri tu mula timbul, tambahan pula lampu dekat tempat wuduk tu berkelip-kelip.”

Selesai je berwuduk, dia terus menunaikan solat walaupun terasa seperti ada ‘benda’ memerhati dari tempat gantung telekung. Sedang dalam solat, tiba-tiba sesuatu berlaku membuatkan dia cemas.

Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R

“Saya pun solat macam biasa, tiba-tiba rasa sejuk, lepas tu meremang satu badan, tapi saya cuba tak fikir sangat sebab takut hilang khusyuk. Dah lepas rakaat pertama, tiba-tiba rasa macam bahu kena sentuh.”

Pada awalnya, wanita tersebut berfikir yang itu cuma perasaannya saja, namun berubah apabila sentuhan tu dirasanya berkali-kali. Katanya, dia kuat merasakan ‘benda’ yang menyentuhnya itu bukan manusia kerana tak terdengar bunyi pintu dibuka atau tapak kaki orang masuk.

Namun, solatnya terhenti apabila satu tepukan kuat hinggap di bahunya. Dia terus toleh dan nampak seorang makcik lain yang baru masuk.

“Saya tersentak dan terus pandang ke belakang, rupanya ada seorang makcik ni baru masuk, dia tegur saya salah kiblat solat. Saya macam lega juga la sebab ingatkan ‘benda’ lain, manusia rupanya. Selesai misteri.

BACA:
Lelaki berumur 26 tahun bayar denda sebanyak RM30,000 pada suami, terlanjur dengan isteri orang sampai hamil
“Ibu aku sangat alim, berpuluh kali khatam quran, bertudung labuh, dan tegas, alangkah terkejutnya aku bila tengok phone dia”
Ibu yang teraniaya, diheret anak turun tingkat 3 gara-gara berebut duit pencen polis