JebatDerhaka

Wanita mabuk buat perangai, buang air atas meja makan dan berlegar di restoran tanpa seurat benang

Wanita mabuk buat perangai, buang air atas meja makan dan berlegar di restoran tanpa seurat benang.

Apa perasaan anda apabila terpaksa menyaksikan situasi yang ‘meloyakan’ semasa menikmati hidangan di restoran? Pasti anda berasa tidak selesa dan mungkin teringin untuk meninggalkan hidangan tersebut, bukan?

Kejadian yang serupa berlaku kepada beberapa pelanggan di sebuah restoran di China yang terpaksa menyaksikan adegan yang ‘meloyakan’ tersebut di hadapan mata mereka.

Menurut laporan Daily Star, seorang wanita yang didakwa mabuk terlihat berkeliaran tanpa pakaian di kawasan restoran tersebut di hadapan pelanggan lain.

Wanita mabuk buat perangai, buang air atas meja makan dan berlegar di restoran tanpa seurat benang

Dikatakan bahawa wanita tersebut, yang tidak dikenali namanya, dalam keadaan mabuk parah selepas dikatakan telah meminum banyak minuman keras.

Lebih mencurigakan, wanita tersebut kemudian menanggalkan seluarnya sebelum buang air kecil di atas meja makanannya.

Perlakuan yang tidak senonoh tersebut kemudian direkam oleh pelanggan lain di dalam restoran tersebut.

BACA:
Kemaluan terpotong ketika majlis berkhatan, bapa risau anak sering marah dan suka menyendiri
Pasangan alami rambut gugur dan radang dada, baru tahu mandi dan minum air tandas selama 6 bulan
Bukan menjadi doktor, cita-cita Dr Noor Hisham sebenarnya mahu jadi…