JebatDerhaka

Wanita murung hampir lempar bayi baru lahir di laluan kereta api, niat dipatahkan pengawal keselamatan berhampiran

Wanita murung hampir lempar bayi baru lahir di laluan kereta api, niat dipatahkan pengawal keselamatan berhampiran.

Meroyan atau kemurungan dalam kalangan wanita lepas bersalin bukan isu baharu. Malah jenayah membabitkan ibu terhadap bayinya sen diri turut menjadi liputan media.

Tular sebuah video yang berlaku di Indonesia mengenai seorang wanita yang didakwa meroyan apabila nyaris mahu melemparkan bayinya di laluan kereta api.

Difahamkan, kejadian berlaku di Terminal Pasar Minggu, Jakarta Selatan pada Sabtu yang kemudian tular di media sosial sejak malam tadi.

Dalam video tersebut, tindakan wanita itu dihalang oleh dua pengawal keselamatan dan beberapa orang awam.

Ketika cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan, wanita tersebut secara tiba-tiba mengamuk seolah-olah enggan dibantu mereka.

Wanita murung hampir lempar bayi baru lahir di laluan kereta api, niat dipatahkan pengawal keselamatan berhampiran

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku ketika suami wanita terbabit meninggalkannya bersama bayi untuk pergi membeli minuman di kedai berdekatan stesen itu.

Video tular itu telah mendapat perhatian orang ramai, rata-rata meluahkan rasa simpati dengan keadaan yang menimpa wanita itu.

Netizen turut mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan terbabit yang cekap bertindak balas dengan situasi yang tidak dijangka.

Apa yang boleh kita ambil iktibar mengenai kejadian ini, ahli keluarga terutama suami perlu mengambil berat sebarang tanda-tanda awal ibu mengalami gangguan emosi bagi menanganinya pada peringkat awal.

BACA:
Gara-gara tak setuju parti politik bergabung bentuk kerajaan, penyokong rela dibaling tahi tanda mogok
Bapa selamba bagi anak main alat pam zakar, siap buat video untuk tontonan umum
Pembantu rumah usahawan buat perangai, bawa lelaki masuk rumah dan hampir larikan anak bongsu