Wanita usung ‘benda’ dalam perut selama 15 tahun, dapat tahu lepas alami sakit dan bengkak

Wanita usung ‘benda’ dalam perut selama 15 tahun, dapat tahu lepas alami sakit dan bengkak.

Seorang wanita berumur 60 tahun di Sudan didapati telah hamil seorang bayi yang ‘mengeras’ di dalam perutnya selama 15 tahun.

Menerusi posting di seorang pengguna twitter, wanita berkenaan dikejarkan ke sebuah hospital di Khartoum selepas mengadu sakit dan bengkak pada bahagian perut.

Doktor melakukan ultrasound dan CT scan ke atas wanita itu dan terkejut setelah menemui bayi yang ‘mengeras’ dan tersimpan di dalam perut sejak sekian lama.

Doktor juga mengatakan bahawa peluang wanita itu untuk terus hidup adalah sangat tipis kerana faktor usianya dan saiz kandungan yang besar serta tidak dapat bertahan untuk melakukan pembedahan.

Keajaiban berlaku apabila pemeriksaan lanjut menemui jisim yang tebal mengelilingi bayi tersebut dan tiada karsinoma sel serta fibrosisyang dikesan, keadaan ini menjadikan wanita tersebut terselamat dari sebarang kanser atau penyakit yang merbahaya akibat kehamilan luar biasa itu.

Wanita usung 'benda' dalam perut selama 15 tahun, dapat tahu lepas alami sakit dan bengkak

Kehamilan wanita itu dipanggil sebagai lithopedion yang dikenali sebagai kandungan sktopik mengeras yang memperlihatkan janin yang mati di luar rahim terlalu besar untuk diserap oleh badan.

Kes seperti ini pernah dilaporkan berlaku di Son Antonio, Chile pada tahun 2017 yang memperlihatkan seorang wanita berusia 92 tahun hamil bayi yang ‘mengeras’ seberat 1.8 kilogram yang dipercayai ‘dibawa’ di dalam perutnya selama 50 tahun.

BACA:
“Semasa suami aku outstation, boss perempuan dia yang selalu temankan aku, semua terbongkar masa dia tenat”
Lagi pekerja taska buat perangai, tarik kaki budak tengah sedap tidur sampai jatuh katil
Lelaki dedah rahsia nak jimat elektrik masa menggunakan penghawa dingin dirumah, semua ada dekat ‘remote’