Masalah banjir pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia menjadi perbualan hangat dalam media sosial.
Walaupun kebanyakan dari mereka memberikan sumbangan dalam pembangunan dan ekonomi tempatan, terdapat segelintir yang menyebabkan peningkatan jenayah di Malaysia, yang memberi kebimbangan kepada penduduk tempatan mengenai keselamatan.
Baru-baru ini, berita mengenai individu warga asing yang tidur dan menjadikan taman permainan sebagai ‘rumah’ mereka telah menjadi viral di laman X. Mereka menggunakan pondok sebagai tempat tidur dan menjemur baju di kawasan tersebut.
Selain itu, keadaan kotor dan penuh dengan barangan peribadi seperti bantal dan baldi di kawasan taman permainan itu turut menjadi perhatian.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, dan dalam ruangan komen di catatan tersebut, ramai yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Keadaan ini jelas menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan, dengan beberapa di antara mereka merisaukan keselamatan anak-anak yang bermain di kawasan tersebut.
Warga asing buat taman permainan tempat tidur. BAHAYA kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam macam boleh terjadi . Lokasi Bandar mahkota Cheras. @DrZalihaMustafa pic.twitter.com/OKVPX9OgWN
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 3, 2024