Warga asing buat video dapat beli barang bersubsidi, siap menganjing longgok minyak dan gula atas meja

Warga asing buat video dapat beli barang bersubsidi, siap menganjing longgok minyak dan gula atas meja.

Baru-baru ini, video operasi serbuan ke beberapa premis yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Melaka telah menjadi tular.

Dalam video tersebut, terdapat beberapa premis yang ditemui menyembunyikan barang-barang bersubsidi seperti gula dan minyak.

Serbuan yang dijalankan oleh KPDN Melaka mendapat pujian ramai kerana berjaya mengungkap kegiatan beberapa premis yang terlibat.

Menggugah tugas KPDN dan juga rakyat Malaysia, beberapa warga asing diketahui sengaja mempamerkan beberapa paket minyak masak dan gula.

Warga asing buat video dapat beli barang bersubsidi, siap menganjing longgok minyak dan gula atas meja

Dalam rakaman video, kelihatan beberapa bungkusan minyak masak dan gula diletakkan di atas meja. Sambil ketawa, salah seorang daripada mereka menggenggam paket minyak masak.

Pada masa yang sama, netizen telah menyeru kepada pihak KPDN agar mengambil tindakan terhadap warga asing tersebut.

Melalui beberapa komen, ada yang mengatakan bahawa sesetengah juruwang mungkin tidak dimaklumkan atau tidak mengetahui bahawa barangan bersubsidi tidak boleh dijual kepada warga asing.

@yourspecial99 Menganjing dgn viral tunjuk diaorang bebas beli subsidi rakyat Malaysia #fyp #trending #viraltiktok ♬ original sound – Your Special99
BACA:
Dah macam kapal pecah, rakan sebilik pemalas tak kemas bilik setahun, alasan yang diberikan tak masuk akal
Cara ‘healing’ budak lelaki ini lain macam, baca Qunut Nazilah sekuat hati semasa berkhatan
Penjara lama yang gunakan khidmat kucing, untuk mengawal banduan dan masalah tikus