Warga Bangladesh makin berani, selamba buka pasar lambat jual barangan dan makanan tradisi dekat Klang

Warga Bangladesh makin berani, selamba buka pasar lambat jual barangan dan makanan tradisi dekat Klang.

Sekumpulan lelaki Bangladesh dirakam menjalankan kegiatan jual beli secara besar-besaran di Meru, Klang, Selangor.

Mereka dilihat menjual pelbagai barangan pakaian dan makanan tradisi dari negara terbabit.

Difahamkan ia dijalankan sekali seminggu pada setiap Jumaat.

Aktiviti itu dilabel sebagai ‘pasar lambak’ oleh si perakam yang memuat naik video tersebut di laman media.

Dipercayai antara tarikan golongan pendatang pada setiap minggu, juadah makanan yang dijual juga kelihatan asing dan bukan berasal dari Malaysia.

Warga Bangladesh makin berani, selamba buka pasar lambat jual barangan dan makanan tradisi dekat Klang

Mendakwa ia sebagai satu kesalahan dan tiada permit lesen yang sah, rata-ratanya menggesa pihak penguat kuasa menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Macam mana warga Bangladesh boleh buka pasar jual makanan, pakaian di negara kita, ini perkampungan mereka ke apa,” kata Amirul Haziq.

“Dah macam negara dia, selamba buka pasar lambak, jual makanan tarikan setiap minggu di Meru, mana penguat kuasa tak buat pemeriksaan ke selama ini,” jelas Faris Rizki.

“Memang dah lama ada pasar dekat sini, Meru dah jadi pekan Bangladesh, selalu peniaga tempatan je yang ditahan warga asing takda permit pun tak apa,” ujar Dhia Qistina.

Terdahulu, kecoh apabila seorang wanita gagal mengawal kemarahannya dan memperlekeh tugas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) apabila premis niaganya disita di Kota Bayuemas, Klang, Selangor pada Isnin.

Dalam satu operasi tinjauan yang dijalankan, pihak MPK mendapati beberapa gerai jualan di situ tidak mempunyai lesen niaga yang sah dan pihak penguat kuasa telah mengeluarkan kompaun kepada tiga penjaja di lokasi berkenaan.

Namun, berhubung isu di Meru masih belum ada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak polis mahupun MPK setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera melaporkan perkara tersebut.

@majoritiofficial

Ada baca juga, katanya dah buat laporan sebelum ni pun masih tak jalan ya? Aduh, makin susah la macam ni #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #meru #klang #pasarlambak #wargaasing #bangladesh

♬ original sound – Majoriti Official
BACA:
Pesakit tahan sakit perut selama 2 tahun, doktor terkejut lepas buat pembedahan, jumpa 60 jenis barang rumah
Mykid yang dikeluarkan kepada kanak-kanak 12 tahun kebawah bukan dokumen yang wajib diperlukan – JPN
Suami dayus sanggup tunai hasrat isteri, mengidam nak pegang ‘abang’ tentera masa mengandung