Warga emas mimpi harta karun bawah rumah maut lepas gali lubang sedalam 40 meter

Emas merupakan logam berharga yang menjadi kegemaran ramai untuk dimiliki.

Namun, nasib tidak menyebelahi seorang lelaki berusia 71 tahun apabila beliau ditemui maut dalam lubang sedalam 40 meter yang digali di ruangan dapur rumahnya.

João Pimenta da Silva dari Minas Gerais, Brazil, melakukan aktiviti mencari emas bersama jirannya, Antônio Costa, selepas mendapat mimpi bahawa terdapat emas di bawah rumahnya.

Warga emas mimpi harta karun bawah rumah maut lepas gali lubang sedalam 40 meter

Pada mulanya, beliau mengepam air keluar dari dalam lubang tersebut sebelum turun untuk memeriksa dasarnya.

Ketika ditarik naik oleh Antônio, João tiba-tiba tergelincir daripada alat pemijak sehingga lengannya terjerat pada tali yang digunakan.

Insiden yang malang itu menyebabkan warga emas ini meninggal dunia dengan keadaan melecet di bahagian perut, patah kedua-dua kakinya, dan tulang pinggul.

Difahamkan, kedalaman 40 meter itu setara dengan ketinggian 13 tingkat bangunan.

Warga emas mimpi harta karun bawah rumah maut lepas gali lubang sedalam 40 meter
BACA:
“Aku jadi takut nak ada mertua lepas dengar luahan mak, lagi aku tak sangka jni yang jadi masa awal aku kahwin”
Bukan biasa-biasa juga Malaysia, ini 6 negara yang pasport paling berkuasa
Pemilik rumah terkilan penyewa tinggalkan bil elektrik tertunggak sebanyak RM20k, sekali ini respon netizen