Warga emas sanggup tidur di koridor beralaskan kadbod, rumah dipenuhi barang-barang yang terbuang

Warga emas sanggup tidur di koridor beralaskan kadbod, rumah dipenuhi barang-barang yang terbuang.

Seorang warga emas di Woodlands, Singapura sanggup tidur di koridor unit apartmennya dengan beralaskan kadbod kerana rumahnya dipenuhi barang-barang terbuang, lapor portal berita Mothership hari ini.

Wanita yang tinggal di blok pangsapuri 603 Woodlands Drive itu dikatakan bertindak demikian selama lebih 10 tahun lalu.

Menurut jiran-jiran, wanita tersebut tinggal bersendirian di pangsapuri itu dan sering diziarahi oleh saudara lelakinya.

Meskipun berkali-kali ditegah daripada berbuat demikian, dia tetap meneruskan aktivitinya.

Rumah wanita itu berada dalam keadaan bersepah sehinggakan pintu pagar besi tidak dapat ditutup, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Warga emas sanggup tidur di koridor beralaskan kadbod, rumah dipenuhi barang-barang yang terbuang

Menurut wanita berkenaan, dia mengumpul barang-barang itu dari tingkat bawah dan berhasrat untuk menjualnya. Ia termasuk pinggan mangkuk plastik, beg pakaian, kadbod, botol plastik dan buah-buahan.

Keadaan itu mengganggu jiran-jirannya yang berdepan pelbagai kesukaran termasuk menghalang laluan orang ramai serta menarik pelbagai haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Tidak dinyatakan sama ada pihak berkuasa ada mengambil sebarang tindakan terhadap warga emas tersebut.

BACA:
Tak sangka! Rupanya 5 benda yang ada di bumi sebenarnya berasal dari syurga, salah satu ingat tumbuh dalam hutan
Arca batu bertulis ditemui di Tapak Arkeologi bukit Choras oleh penyelidik USM dan JWN
‘Owner Anak-Anak sidek’ lepas gian, lukis watak kartun atas bag kertas untuk pelanggan yang bertuah