Warganet bingung lihat gelagat wanita ini, guna minyak diesel isi dekat kereta Proton X50 miliknya.
Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap pemandu untuk mengetahui jenis minyak yang diperlukan oleh model kereta sebelum mengisi di stesen minyak.
Ini adalah penting untuk mengelakkan kereta menerima jenis minyak yang tidak sesuai dan mengelakkan kerosakan.
Namun, situasinya berbeza kali ini apabila satu video menjadi viral, menunjukkan seorang wanita dengan santainya mengisi minyak jenis diesel pada kereta Proton X50.
Tindakan ini direkodkan dan dikongsi di media sosial, menarik perhatian netizen yang terkejut dengan apa yang dilakukan wanita tersebut.
Beberapa netizen malah mempersoalkan tindakan individu yang merakam video tersebut kerana tidak membantu menghalang wanita itu daripada mengisi minyak diesel.
Selain itu, ada juga netizen yang hairan dengan fakta bahawa masih ada individu yang gagal mengenal pasti warna nozel sebelum mengisi minyak ke dalam kereta.
Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Bintulu, Sarawak. Semoga kejadian ini dapat menjadi pengajaran kepada pemandu di luar sana agar lebih berhati-hati dan memastikan jenis minyak yang betul sebelum mengisi untuk kenderaan masing-masing.
Dekat Malaysia ni nak isi minyak bukan susah. Tak kuning, hijau. Mana2 stesen minyak pon sama. Aduhai kak. Silap2 esok pakai Tesla pon dok isi minyak jugak ni kang. 😫😫 https://t.co/oOhizxik9U
— Faiz 🔥 (@faaizputra) December 16, 2023