Xiaomi bakal dedah kereta elektrik pertama miliknya, boleh buat sambunhan terus dengan telefon pintar.
Syarikat teknologi global terkemuka, Xiaomi, dijangka akan melancarkan kereta elektrik (EV) pertama mereka, SU7.
Pengumuman berkenaan telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Xiaomi, Lei Jun, melalui akaun laman sosial miliknya, @leijun.
Menurut Lei Jun, pelbagai soalan telah diajukan berkaitan dengan pelancaran kereta pertama Xiaomi, dan sebagai respons, beliau mengesahkan bahawa acara tersebut akan menumpukan kepada perkembangan teknologi Xiaomi tanpa sebarang pelancaran produk lain. Fokus utama acara akan diberikan kepada kereta elektrik pertama Xiaomi, SU7.
Lei Jun menyifatkan SU7 sebagai “EV pintar yang menggabungkan teknologi automotif dengan elektronik pengguna.” Beliau menegaskan bahawa pengalaman luas Xiaomi dalam bidang elektronik telah membantu dalam penghasilan EV ini.
Mengenai gambaran penuh SU7, Lei Jun berjanji untuk memberikan butiran lebih lanjut dalam acara pada 28 Disember.
Lei Jun menjelaskan bahawa frasa “SU” dalam nama SU7 mewakili “Speed Ultra,” dan model ini dijangka menjadi kereta berprestasi tinggi. Beliau mengajak peminat untuk menantikan acara tersebut.
Lei Jun turut berkongsi bahawa SU7 adalah sebuah kereta sedan yang dilengkapi dengan pelbagai ekosistem dan teknologi moden. Ia juga boleh dihubungkan dengan telefon pintar Xiaomi.
Menjelaskan mengapa mereka memilih rekaan kereta sedan, Lei Jun berkata bahawa penjelasan lengkap akan diberikan pada 28 Disember.
Xiaomi SU7, menurut Lei Jun, tidak dibina secara khusus untuk bersaing dengan mana-mana pesaing automobil. Beliau menyatakan bahawa SU7 dihasilkan untuk menawarkan prestasi pemanduan setanding dengan kereta terbaik dalam kelasnya, termasuk Porsche Taycan Turbo. Xiaomi mengutamakan teknologi kecerdasan buatan dan mengambil inspirasi dari sistem terkemuka dalam kereta seperti Tesla Model S.
Walaupun masih dalam fasa ujian, Xiaomi menjanjikan bahawa SU7 akan melebihi jangkaan semua pihak. Tarikh rasmi pelancaran dan harga kereta tersebut masih menjadi tanda tanya.
It's been great hearing your questions, so here's a sneak peek. More coming December 28th at 2pm! #XiaomiEVTechnologyLaunch
— Lei Jun (@leijun) December 26, 2023
Q: What will be covered in the launch event, and how long will it be?
A: I'll focus on technology, no product release. Smart EVs combine automotive and…