JebatDerhaka

Youtuber dedah sungai yang pernah popular kini sudah tercemar, dipenuhi najis, kondom dan tuala wanita

Sebuah sungai yang sebelum ini terkenal di kalangan penduduk United Kingdom (UK) kini dilanda isu pencemaran dengan terdapatnya najis, kondom, dan tuala wanita.

YouTuber yang dikenali sebagai Rob Dymott telah mendedahkan keadaan terkini Sungai Wharfe di Yorkshire melalui saluran video miliknya.

Dalam video yang dikongsi, sungai tersebut kelihatan sangat menjijikkan dengan bau yang tidak menyenangkan. Rob juga menggambarkan air sungai itu sebagai “koktel toksik” yang merosakkan alam sekitar.

Beliau turut menyatakan bahawa sungai itu kini berlumpur dan kotor, dan jumlah ikan dalam sungai tersebut juga semakin berkurangan disebabkan oleh kualiti air yang buruk.

Youtuber dedah sungai yang pernah popular kini sudah tercemar, dipenuhi najis, kondom dan tuala wanita

Rob memberikan amaran kepada orang ramai untuk tidak berenang di sungai tersebut kerana ia kini tercemar, terutamanya berdekatan dengan loji kumbahan.

Suatu ketika dahulu, sungai ini yang mengalir dari Taman Negara Yorkshire Dales menawarkan laluan berliku dengan pemandangan yang menakjubkan.

Video yang dikongsikan oleh Rob telah mendapat lebih daripada 100,000 tontonan.

BACA:
Seminggu alami gatal-gatal yang serius, wanita terkejut jumpa labah-labah bersarang dalam telinga
Gambar untuk simpanan peribadi bocor, guru digantung kerja gara-gara cium pelajar lelaki
309 orang penduduk kampung jatuh sakit lepas seminggu makan kenduri, doktor buka cerita sebenar yang berlaku