Salam kepada semua pembaca. Nama saya Nina, berusia 32 tahun dan mempunyai 6 orang adik beradik. Saya merupakan anak bongsu. Ada tiga abang dan dua kakak. Ayah telah lama meninggaI ketika saya berumur 15 tahun.
Mesti orang ingat anak bongsu ni selalu dimanjakan tapi kenyataannya saya adalah anak yang sentiasa dipinggirkan. Selalu harus mengalah kerana saya masih kecil dan pendapat tidak pernah diertikan kerana lebih muda.
Mak cakap saya adalah kesilapan, waktu mak dapat tahu dia mengandungkan saya, mak cuba segala macam cara untuk gugurkan saya tapi takdir Tuhan berkata sebaliknya. Kehidupan yang susah mem4ksa mereka untuk menafikan kewujudan saya sejak dari dalam rahim.
Saya tidak pernah dapat apa – apa. Hari lahir saya tidak pernah disambut. Saya mew4risi segala barangan kakak – kakak saya yang sudah lusuh. Saya tidak pernah meIawan, bercakap juga tidak. Lebih banyak menyendiri.
Mak dan ayah lebih mementingkan adik beradik yang lain. Tipulah kalau saya tidak pernah terasa tapi lama – lama saya menjadi kalis. Saya seperti jasad yang tiada jiwa. Segala benda yang saya nak, saya usaha kerja dan beli sendiri.
Di bilik, kakak – kakak akan tidur di atas katil dan saya hanya tidur di lantai beralaskan selimut nipis. Saya kena kemas bilik, kemas rumah, memasak. Mak ayah memang suruh kami buat bersama tapi adik beradik semua culas dan akhirnya saya yang buat semua.
Kalau mak ayah balik rumah, kerja masih belum selesai mak akan meng4muk. Pinggan mangkuk akan terbang dan t4rgetnya sentiasa saya. Air mata? Dah tak ada untuk mengalir. Sejak ayah meninggaI tanggungjawab saya lebih berat.
Alasan mak kerana abang dan kakak perlu belajar pandai supaya dapat mengubah nasib hidup kami. Saya seringkali akur, tiada daya untuk meIawan. Saya m4tikan impian saya untuk sambung belajar seperti remaja lain. Saya padamkan cahaya masa depan saya. Saya kerja sendiri. Keluar pagi dan lewat malam baru balik rumah. Saya overtime selagi boleh.
Hubungan saya dengan mak seperti orang asing. Adik beradik yang lain semua tinggal di bandar dan hanya akan pulang waktu raya. Begitulah kehidupan saya sehingga saya berusia 26 tahun. Tiba – tiba mak kena str0k dan jasadnya hanya terkulai layu atas tilam di satu sudut ruang tamu. Adik beradik pulang segera untuk adakan mesyuarat.
Kesemua abang tidak boleh menjaga mak kerana tuntutan kerja. Kakak yang lain, suami tak izinkan. Lalu semua mata men3rkam ke arah saya. Tiada pendapat yang dipinta cuma arahan yang keluar untuk menjaga mak. Saya tidak berhak untuk bersuara. Seperti pak turut, saya hanya mengiyakan.
Saya berhenti kerja. Disebabkan saya bekerja separuh m4ti dulu maka saya ada simpanan yang mencukupi. Saya tolong menguruskan kebun pisang mak. Saya keluar jam 7 pagi dan pulang jam 12 tengahari. Sebulan… Dua bulan… Masa berlalu dan saya masih lagi kuat untuk menjaga mak.
Saya tidak pernah cuba untuk bercakap dengan mak. Hanya bercakap perkara penting. Disebabkan mulut mak yang herot, percakapan mak juga menjadi tidak jelas. Adik beradik saya tidak pernah tanya khabar mak apatah lagi menitip wang saku.
Saya perlu dukung mak saya untuk mandi, petang saya letak mak atas kerusi roda dan duduk di luar rumah. Tengah malam mak selalu mengigau dan ada waktu tidak tidur sampai ke pagi. Dalam kepelatan menyebut nama anak – anaknya yang lain. Tapi tidak sekali nama saya meniti di bibirnya.
Tahun berganti tahun, fizikal dan mental saya sem4kin haus. Abang dan kakak tidak pernah pulang walaupun ketika raya. Kali terakhir abang sulung saya pulang bersama keluarganya hanya untuk membincangkan hal tanah kebun yang ingin dijual.
Katanya untuk menampung perbelanjaan sepanjang mak s4kit. Wallahi, satu sen pun mereka tidak pernah hulur kepada saya ketika merawat mak. Semuanya menggunakan wang simpanan saya dan duit penjualan pisang hasil daripada kebun mak. Namun, mak berkeras tidak mahu jual tanah itu.
Puas saya telefon tapi tidak berjawab. Saya ternampak posting kakak saya tentang bagaimana mereka sambut raya bersama – sama. Kalau tanpa saya, tidak kisah kerana saya bukanlah sesiapa. Ini, tanpa mak. Seolah – olah mak telah dikubvrkan lebih awal dari tarikh yang Tuhan tetapkan.
Mak telah dibuang oleh anak – anaknya. Mak berhenti menyebut nama mereka di tahun kedua raya. Ketika itu saya sedar yang mak juga sebenarnya tahu bahawa dia telah dibuang. Sejak daripada itu, per4ngai mak m4kin menjadi – jadi. Seakan akan melampiaskan kemarahannya akan saya. Saya sudah terbiasa.
Mak tidak mahu makan, mandi, hanya mulutnya terkumat kamit membebel. Pergi ke kIinik juga tidak mahu, mengurut juga tidak mahu. Segalanya harus dip4ksa dan pasti diakhiri dengan perg4duhan. Saya sem4kin tertekan.
Pernah sekali saya termarah mak kerana dia tidak tidur sepanjang malam dan hanya merengek tanpa berhenti. Serba tak kena. Saya lekas – lekas minta maaf namun mak merajuk dengan saya selama seminggu. Ramai orang kata, besarnya pahala jaga orang tua s4kit.
Untungnya masih ada mak ayah. Tuhan akan baIas dan kurniakan pahala berlipat kali ganda. Betul, namun semua itu tidak menafikan betapa penatnya em0si saya untuk harungi semua tu. Pernah sekali tu, saya upah penjaga untuk menjaga mak. Saya ingin keluar mencari ketenangan.
Itu adalah titik terakhir kesabaran saya sebelum meIetus. Belum pun satu jam saya pergi, penjaga tersebut menelefon saya mengatakan mak ber4k dan tidak mahu cuci selagi saya tidak pulang. Mahu atau tidak, saya perlu balik segera.
Menitik air mata saya sepanjang jalan. Mata kelabu penuh dengan air mata. Sampai di perkarangan rumah, saya kesat air mata dan bibir secara autom4tik mengukir senyuman. Masih mencuba untuk kelihatan kuat. Saya pernah berdoa supaya Tuhan ambillah mak saya kerana menjaganya sudah di luar kemampuan saya.
Jahat bukan saya? Mendoakan kem4tian ibu sendiri. Saya juga pernah berfikir untuk mengakhiri kehidupan saya sendiri. Tapi kalau saya m4ti, siapa nak jaga mak? Saya rasa hidup saya tiada ertinya. Hidup sekadar hidup. Saya tidak mempunyai teman rapat untuk meluahkan kerana masa saya hanyalah untuk mak.
“Semoga bersabar, semoga kuat, semoga tabah, banyakkan berdoa” sudah sebati ayat tersebut dalam hidup saya. Menjadi seperti angin yang berlalu. Kadangkala saya terfikir Tuhan tidak sayang akan saya. Mengapa saya?
Dari kecil saya sudah cukup mend3rita. Kenapa saya yang perlu jaga mak sedangkan sepanjang hidup saya dianaktirikan oleh mereka? Begitulah soalan yang berlegar – legar dalam fikiran saya setiap hari. Sem4kin lama rasa ikhlas sudah sem4kin pudar.
Sehinggalah satu hari semasa saya suap mak makan, ketika ini percakapan mak sudah sem4kin jelas dan sudah boleh difahami. Saya minta izin dengan mak untuk mencari abang dan kakak. Mak geleng kepala, dia sedaya upaya cuba memegang tangan saya. Itu sentuhan pertama mak untuk saya.
Dalam herot mulutnya berkata setiap hari dia berdoa supaya Tuhan mengambil nyawanya agar dia boleh berhenti menyusahkan saya. Air mata mengalir di pipi tuanya. Saya juga berasa sebak kerana terkenangkan doa yang sama saya panjatkan kepada Tuhan. Rasa bersalah menguasai diri.
Soalan saya kepada mak waktu itu adakah saya ini masih satu kesilapan? Mak meraung ketika mendengar soalan saya. Sungguh itulah nota yang paling mengh4ntui sepanjang saya bernafas. Meragui kewujudan diri sendiri. Anugerah atau kesilapan?
Mak minta maaf dan dia juga cakap Tuhan telah membuktikan bahawa dia tersilap. Str0k ini adalah pengajaran dari Tuhan. Mak selalu tahu saya adalah anak harapannya cuma eg0nya terlalu tinggi untuk mengakuinya. Maka malam itu pada bulan Ogos 2021, akhirnya kami berdua berdamai dari hati yang paling dalam. Saya minta maaf dan kami ikhlaskan segalanya.
Sejak itu, hubungan kami sem4kin baik. Mak memberikan kerjasama yang baik pada saya. Keadaannya juga sudah membaik. Satu perkara yang tidak terjangka dek fikiran yang kami boleh bergurau gelak tawa bersama. Saya membawa mak pergi ke pantai. Lama kami duduk berdua.
Pandangannya dilemparkan ke laut. Jauh renungan itu mungkin membawanya kembali ke masa lalu. Ketika itu, doa yang berbeza saya mohon kepada Tuhan, untuk memberikan separuh umur saya kepada mak agar kami dapat menikm4ti suasana ini dengan lebih lama.
Takdir Tuhan bernada sebaliknya. Mak menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangkuan saya pada April 2022 pada jam 3 pagi akibat sesak nafas. Kata – kata terakhir mak; “tiadalah secebis d0sa awak terhadap mak melainkan yang tinggal hanyalah doa dan keberkatan sebagai seorang ibu yang mak titipkan kepada Tuhan untuk awak. Sekarang, hiduplah untuk diri awak sendiri. Terima kasih atas segalanya. Mak sayang awak”
Itu adalah kali pertama dan terakhir mak mengungkapkan kalimah sayang kepada saya. Sehingga kini kalimat itu masih bermain – main di telinga. Kalau bisa waktu itu diputarkan kembali, pasti sahaja saya tidak meminta doa itu. Benarlah, kita hanya belajar menghargai apabila kehilangan.
Kini, hanya pusara tempat melepaskan kerinduan. Baiknya Tuhan pada saya kerana Dia memberikan waktu untuk membaiki kesilapan kami walau cuma seketika. Saya tidak memberitahu abang dan kakak mengenai pemergian mak. Mereka pulang pada September 2022, lima bulan setelah mak meninggaI.
Mereka kembali serentak membawa kata – kata kesat sebagai senj4ta. Bertubi – tubi ditemb4knya saya tanpa belas kasihan. Bukannya sedih kerana pemergian mak tetapi berang apabila dapat tahu mak meletakkan nama saya sebagai w4ris kepada tanah kebun dan rumah.
Demi Tuhan, saya tidak pernah meminta dan mak juga tahu saya tak inginkan semua itu. Tujuan mak berikan kepada saya sebab mak tahu saya tak akan jual. Tanah kebun tu bukti kasih sayang ayah pada mak. Wasi4t mak pada saya untuk terus usahakan tanah itu.
Mereka mem4ksa saya untuk menukarkan nama tanah tu menjadi hak milik abang sulung. Katanya mereka lebih layak dan segala harta – harta mak perlu difaraidkan. Tiadalah satu pun harta mak kerana semuanya sudah bertukar pemilik sebelum kepergian mak.
Perg4duhan itu diakhiri dengan kehadiran polis ke rumah. Kakak – kakak saya memukuI saya dan mem4ksa sehingga saya tandatangan surat pertukaran hak milik. Nasib baiklah, pak mat (pembantu yang uruskan kebun) datang nak hantar duit jualan. Dia lah yang telefon pihak polis.
Sejak itu, mereka tak pulang. Minggu lepas kakak saya yang nombor tiga datang ke rumah bersama lima orang anaknya. Diceraikan oleh suami kerana memilih wanita lain. Menangis – nangis di tangga minta untuk menumpang.
Kalau saya jahat, saya boleh halau tapi saya yakin mak juga akan menerima. Tak tergamak hati ni melihat muka anak – anak saud4ra. Tiadalah hak saya untuk menghakimi d0sa mereka pada mak sedangkan saya juga melakukan d0sa yang sama. Semoga mak tenang dan dipermudahkan segala urusan dia sana. Semoga mak di tempatkan di syurga yang paling tinggi. – Nina (Bukan nama sebenar)