JebatDerhaka

Orang ramai perasan sesuatu dalam video podcast Amelia Henderson, lain pula cerita lepas netizen siasat

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson telah menjadi tumpuan orang ramai berhubung dengan rantai yang dipakainya yang dikatakan melambangkan agama lain.

Beliau memakai rantai tersebut semasa menjalani sesi podcast bersama pelakon Aedy Ashraf. Dalam video tersebut, netizen melihat rantai yang dipakai oleh Amelia Henderson mirip dengan tanda salib.

Apabila menyelidik komen-komen, banyak yang mengutuk tindakan Amelia kerana memakai rantai tersebut.

Kerana isu ini menjadi bualan orang ramai, ada warganet yang menunjukkan gambar sebenar rantai tersebut. Setelah melihat dengan lebih dekat, ternyata rantai itu bukanlah berbentuk salib tetapi berbentuk penari balet.

Walaupun ada yang sudah mendapat penjelasan yang jelas, masih ada yang mempersoalkan tindakan Amelia Henderson memilih untuk memakai rantai tersebut. Walau bagaimanapun, majoriti menyokong Amelia Henderson untuk menolak kecaman netizen lain yang terlalu fanatik.

BACA:
Tabiat bancuh air lepas bertengkar terbongkar, isteri terkejut suami buat sesuatu lepas setahun kahwin
Pelancong kene scam, beli burger harga RM10 tapi dapat sos banjir tanpa telur dan keju
Penduduk kena redah sungai dan berenang nak bawa keluar jenazah untuk dikebumikan