JebatDerhaka

Servis bertukar tangan, giliran Alif Syukri disaman sebanyak RM70 juta dengan Tan Sri Abdul Kadir

Pada bulan Julai 2023, usahawan terkenal dalam industri kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, telah mengemukakan hantaran di Instagram, menuntut seorang bekas menteri yang bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta.

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang berusia 84 tahun, telah mengemukakan tuntutan bayaran sebanyak RM70 juta terhadap ahli perniagaan tersebut atas tuduhan fitnah, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Abdul Kadir, dalam saman yang difailkan sebagai plaintif terhadap ahli perniagaan tersebut sebagai defendan pada 6 September 2023, menyatakan bahawa Aliff Syukri, yang berusia 37 tahun, telah membuat kenyataan fitnah di Instagram dan Facebook pada 2 Julai pada tahun yang sama.

Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud antara lain bahawa plaintif berhutang dengan defendan sejumlah jutaan ringgit, disamping gambar plaintif diletakkan dalam kenyataan yang menarik komen negatif daripada pembaca.

Selain daripada tuntutan RM70 juta, bekas menteri tersebut juga memohon ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah dan meminta perintah supaya defendan mengeluarkan surat permohonan maaf tanpa syarat dan janji bertulis untuk tidak menyebarkan sebarang fitnah terhadap plaintif di akaun media sosial usahawan tersebut selama tujuh hari.

Servis bertukar tangan, giliran Alif Syukri disaman sebanyak RM70 juta dengan Tan Sri Abdul Kadir

Aliff Syukri pula dalam pernyataan pembelaan menyatakan bahawa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi memenuhi perjanjian usaha sama yang bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan, dan dua syarikat.

“Pihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri,” katanya.

Berita Harian melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan kes saman tersebut selama tiga hari pada awal tahun 2026.

Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, telah menetapkan tarikh perbicaraan dari 6 hingga 8 Januari 2026, dengan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 5 Julai.

Peguam Abdul Kadir, T. Dheenish, menyatakan bahawa anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman tersebut.

“Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan yang dimuat naik di Instagram dan Facebook,” katanya.

Peguam Aliff Syukri, Mohd Tajudin Abd Razak, yang mewakili defendan, menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil dua saksi iaitu Aliff Syukri sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, untuk memberi keterangan.

BACA:
Syarikat yogurt tawar hadiah lumayan, boleh dapat RM47,000 jika hidup tanpa telefon selama sebulan
Untuk memudahkan permohonan lulus sijil halal, JAKIM bangunkan sistem kecerdasan buatan
Malaysia berada di kedudukan ke-59 dalam ranking gaji paling minimum bagi 2024